Monday, December 31, 2012

Luahan Perasaan

Assalamualaikum!

Lamanya tak meng-update blog nie. Rasa cam janggal sangat.  *ayat minta kaki.  Bukan Ahmooyy tak nak update. Tapi masalah sana-sini yang jadikan Ahmooyy sangat susah nak update. Tengok jelah cerpen cerita 3 in 1 tu pun, baru episod dua. DUA tau. Tak tahu ada berapa episod sebenarnya tu. Alahai. Tak tahu nak buat maca mana ouh.

Mula-mula dengan masalah hostel. Dari KL, Ahmooyy datang Kuantan semata-mata nak hantar surat rayuan untuk duduk kat hostel. Pastu dah hantar surat rayuan, still lagi tak dapat. Okay fine. Ahmooyy pilih untuk jadi calon menumpang. FINE! Menumpang pulak selama seminggu je. Lagi bulan-bulan yang lain tu Ahmooyy nak duduk celah manaaa? Tolong bagi cadangan!! Pastu Ahmooyy fikir-2, ini memang tak boleh jadi.  Pakat ngan member pergi jumpa terus Ketua Felo Asrama, mintak terus asrama dengan dia. And, Finally, Ahmooyy dapat asrama! Ketua Felo suruh pergi bayar yuran segala bagai.

Tapi! Ada pulak benda lain yang jadi. Bilik yang Ahmooyy nak duduk tu, ada pulak budak lain yang masuk. Siap dah bawak barang-2 dia lagi, letak dalam bilik tu.  BTW, Ahmooyy tak dapat lagi kunci bilik, sebab Ahmooyy kan menumpang. So, dia dapat kunci bilik sebab dia punya nama ada dalam simpanan Ketua Jabatan dia. Haihh. Masalah lagi kan?  So, Ahmooyy pergi settle kan hari itu jugak. Ahmooyy pergi gegar rumah penyelia asrama. Ahmooyy bawak surat rayuan yang dah dicop Ketua Felo tu, segala bagai resit-2 semua, tunjuk kat dia.  Bengang memang bengang. Tapi buat-2 cool jelah kan.

Mula-2  penyelia cam taknak layan. Pastu buat muka sikit, baru dia tanya and Ahmooyy pun story mory semua. Then, dia suruh balik bilik dulu and nanti dia settle kan. Finally, Ahmooyy dapat stay kat bilik nie, and budak yang lagi seorang tu kena pindah bilik lain. Alah, bilik sebelah nie je pun. Berjiran lah kami. Haihh.

Yang Ahmooyy tak boleh blah tu, budak tu kaki kencing. Cakap dah bayar yuran asrama semua. Tapi sebenarnya belum. Pastu asek tekankan yang dia tu dapat kunci. So, dia berhaklah keatas bilik tersebut. Eyh, heloo. Setakat kunci tu, Ahmooyy boleh fotokopi berjuta lah.

Settle satu masalah, then satu masalah lagi datang. Tapi, semuanya dah terkawal dah sekarang nie. Alhamdulillah. So, lepas nie Ahmooyy akan update cerpen Ahmooyy tu.

Stay tune!

Saturday, November 17, 2012

Cinta 3 In 1 (II)



Sejak balik dari Port Dickson, lelaki misteri tersebut still lagi belum telefon aku.  Aku pun tanyalah si Siti tu. Ada pula dia kata aku yang gatal terlebih. Abangnya tu pemalu sikit. Okay. Fine. Aku tunggu lagi. Tunggu dan tunggu. Akhirnya lelaki misteri yang ditunggu-tunggu pun telefon.

‘’Helo?’’ Aku memula bicara.

‘’Hai.  Awak kawan Siti?’’ Balas lelaki misteri tersebut.

‘‘Yup. Saya kawan Siti. Awak kan yang nak berkawan dengan saya? Nama saya Nor. Awak?’’ Panjang lebar aku cakap.

‘‘Ouh. A’ah. Nama saya Mat. Adik saya berkawan dengan Siti. Jadi, dia pun kenalkanlah saya dengan awak.’’

‘Ouh. Mat rupanya.’ Ujarku didalam hati. ‘‘Kalau macam tu, selamat berkenaan ye.’’

“Selamat berkenalan juga. Harap awak tak kisah berkawan dengan saya.’’

‘’Alah, nak berkawan je pun kan? Takde masalahlah awak.’’

“Okaylah, saya nak pergi makan nie. Nanti saya telefon awak semula ya?’’

Mungkin dorang baru siap Solat Jumaat kot.

“Okaylah kalau macam tu. Bye”

“Bye.”

Ouh. Betapa berbunganya hati aku dipenuhi dengan macam-macam jenis bunga. Serious. Seronok beb! Tapi, tak tahulah apa yang seronok sebenarnya.

***************************

Bermula dari hari itu, aku dan Mat mula rapat dan sangat rapat. Pasangan kekasih? Mungkin. Tapi tiada seorang pun antara kami yang declare apa-apa.  Jadi, aku layankan ajalah si Mat nie.

Aku juga dapat tahu, yang Mat dan adiknya Min adalah adik beradik angkat. Keluarga Min mengambil Mat dan dijadikan anak angkat keluarga. Min anak tunggal.  Umur dorang sama. Hanya perbezaan bulan kelahiran.  Disebabkan Mat lahir  pada bulan 1, jadi Min memanggil Mat, abang.

Semuanya seronok. Buat pertama kalinya aku jadi macam betul-betul jatuh cinta. Betul! Aku tak tipu. Sikit pun tak. Aku sendiri tak dapat gambarkan betapa seronoknya aku dapat berkawan dengan dia. Sampai satu tahap, aku rasa akulah orang yang paling beruntung sebab dapat kenal dengan Mat.

                                                        ***************************


Sunday, November 4, 2012

Cinta 3 In 1



~Dapatkah selamanya kita  bersama~ menyatukan perasaan kau dan aku~

‘Hish, siapa pulalah yang telefon pagi-pagi nie? Bentak aku didalam hati apabila ada makhluk yang menganggu tidur aku.

‘‘Helo?’’

‘‘Hai Nor! Kau ingat aku lagi tak?’’ Ujar orang misteri yang menelefonnya.

Aku mengambil masa yang agak lama sedikit untuk mengamati suara tersebut.

‘‘Siti?’’

‘’Ha! Kenal pun kau dengan aku. Kalau kau tak kenal aku tadi, aku cepuk kepala kau. Aku nie ratu masa sekolah tau.  Eyh. Kau dah ada pakwe?’’

Ye. Siti. Ratu masa di sekolah. Siapa yang tak kenal dia? Semua orang kenal dia, termasuklah guru besar. Kerana? Biarlah rahsia. Tapi apahal dia tanya aku ada pakwe ke tidak? Telefon aku, pastu terus tanya pasal pakwe-pakwe pulak.

‘‘Pakwe? Kenapa? ’’ Soalan dibalas soalan. Hihii

‘’Ish kau nie! Jawab je lah ada ke tidak?’’ Marah Siti.

‘‘Mesti kau nak kenalkan aku dengan lelaki kan? Alahai Siti.. Aku memang takde pakwe. Tapi aku macam malaslah nak kenal dengan member kau lagi dah.. Kau tak ingat ke? Seramai-ramai lelaki yang aku kenal, semuanya datang dari kau. Kau sedar tak Siti?’’  Ujar aku dengan panjang lebarnya tanpa memberi sedikit ruang pun untuk Siti berkata-kata.

‘‘Ini lain Nor. Kau percaya lah dengan aku. Dia nie anak orang kaya. Aku amek adek dia, kau amek abang dia.’’

‘’Yang tua semua kau bagi aku.’’ Dari dulu lagi Siti akan kenakan dengan aku, orang yang lebih tua dari aku.

‘’Eyh! Dorang sama umurlah. Nanti aku explain. Kau nak kenal tak?’’

Sama umur? Pelik nie. Kembar ke? Ke, dorang kawan? Tapi tadi cakap adik beradik? Pening.

‘’Aku kalau bab kenal-kenal dengan orang nie, takde hal. Kau bagi je nombor dia kat aku. Nanti aku ada masa aku telefon dia.’’

‘’Ala. Adik dia tak kasi aku nombor telefon.. Dia takut aku kacau abang dia tu.’’

‘‘Yelah. Kau kan gatal!’’ Siti memang terserlah dengan sifatnya yang suka mengusik dan sedikit gatal.

‘’Hahhaaa. Dah lah. Nanti aku suruh dia telefon kau. Okay? Bye.’’

‘‘Okay-okay. Bye.’’

Aku mematikan panggilan dan terus keluar ke dapur mencari makanan.

************************

Monday, October 8, 2012

Matang

Assalamualaikum!


Rasanya macam dah pernah lah ada entry tajuk Matang nie. kan? kan? kan? Tapi takpelah. Anggap je ini matang II. Hahaa. Apa yang Ahmooyy nak kongsikan disini adalah tentang kematangan diri kita. Seriously, Ahmooyy tidak lah terlalu matang. Umur pun BARU doploh hann. Jadi, ada ramai lagi orang yang dah hidup lebih lama dari Ahmooyy, yang mungkin dah matang.

Tapi, Ahmooyy rasa sedikit musykil lah kat sini. Ada seseorang tu, umurnya dah meningkat. Tapi IQ, cara pemikiranya tu, macam seolah-olah yang dia tu  tak matang langsung!. Ahmooyy bukan nak mengumpat atau pun yang sewaktu dengannya. Tapi, ini mungkin sebab manusia tersebut mempunyai sifat-sifat mazmumah yang sangat banyak dalam diri dia. **cehhcehh, Ustazah kejap. Ye! Memang betul, sifat dengki, iri hati, jealous, annoying, perasan lebih, memang tak boleh lari dalam kehidupan seseorang manusia. Tapi, bila semua benda-benda negatif nie dah melebihi sfat yang positif, Ahmooyy rasa takkan ada manusia lain yang akan rasa seronok berkawan dengan manusia tersebut. Kan.


Tolonglah. Awak tu dah semakin TUA. Bukannya semakin muda. Dari sehari ke sehari Ahmooyy kenal manusia yang perangainya macam tu sumpah Ahmooyy cakap, Ahmooyy cukup menyampah. Sumpah seranah orang, memperlekehkan orang, cakap besar, merendah-rendahkan orang depan orang lain. Bila bercakap tentang agama, dia angin satu badan. Entahlah. Tak sangka orang yang macam tu, boleh ada kat dunia ni. And yang paling Ahmooyy tak sangka, Ahmooyy sendiri yang dah berkawan dengan orang yang macam tu.

Nasihat tak nak dengar. Katanya dia tak perlukan nasihat. Maklumlah, dia kan dah besar dari Ahmooyy.. Tahu tak, nasihat itu umpama ubat. Kalau kita tak makan nasihat, matilah kita... Sekarang Ahmooyy tak berkawan lagi dengan orang tersebut. Kalau dia nak terasa dengan apa yang Ahmooyy katakan nie, silakan. Memang itu yang terbaik. Harap dia lebih sedar, dan boleh berfikir, bercakap, dan bertindak dengan lebih MATANG.

Amin.

p/s: Ahmooyy dalam pembikinan membuat filem cerpen nie. Harap semua berjalan lancar ye!
p/s

Sunday, September 30, 2012

TERUK ♥

Assalamualaikum!

Terukkkkkkkk! Ape yang teruk? Ahmooyylahh. Tak sedar dah sebulan tinggalkan blog begitu sahaja. Tengoklah tarikh last Ahmooyy update. 01.09.2012. Sekarang 30.09.2012! SobbSobb Y_Y Dah lama tinggal blog, sampai tak tahu dah nak tulis apa -_-'

Ini semua gara-gara busybody dengan report, dengan gabra ++++ sebab tunggu lecture datang melawat!
Tapi tapi tapi, sekarang ni macam dah okay sikit. Report bab 1 bab 2 dah siap. Lect dah pun datang and dah tentu-tentulah markah pun dah di bagi. Lega sikitttttt sekarang nie. Tak boleh lega banyak-banyak sebab markah dari Puan Boss tarak lagi. Jadi, sekarang nie, Ahmooyy kenalah berbaik-baik, dengan Puan Boss. heheheheee.. 80% tu bebbbbbbb! Lect datang bawak 10% jeee!

Korang semua sehat? Harapnya sehat lah yeee! Ahmooyy tak berapa nak sehat, tapi terpaksa menyihatkan diri lepas seharian jaga orang sakit kat wad semalam, sampaikan Ahmooyy rasa, Ahmooyy sekali nak terbaring kat katil sebelah tu jadi pesakit jugak! Tapi malangnya, katil sebelah tu ada orang, jadi tak boleh lah nak berbaring-baring. >.<

Eyh, ada dengar tak pasal Pembentangan Belanjawan 2013? Mestilah korang tahu kannn? Ahmooyy je yang ketinggalan zaman sikit. Tapi, ada Ahmooyy kesah? -..- Tak kisah tauuu! Okayy kat sini, Ahmooyy nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana Ahmooyy dapat tahu yang Penuntut IPT Juga Layak Dapat BR1M 2.0! Takpercaya? BACA DI SINI

Kepada yang tak tahu menahu lagi, Ahmooyy ada jual lens tauuu. Harga berpatutan dan taklah mahal sangat.. Sangat berbaloi. Sebab lens tu sangat cantik. Jemputlah tengok-tengok yeee! TEKAN SINI! Malam sikit nanti Ahmooyy masukkan lagi gambar lens tu. Ada banyak lagi yang tak dimasukkan tu.. Tungguuu yee! 


Tuesday, September 11, 2012

Semoga Berjaya ❤

Assalamualaikum!


WahhWahhhWahhWahhh.. Lama betul membiarkan blog nie terbiar begitu saja >.< Maaf. Bukan segaja. Tapi terpaksa disengajakan! KuiiKuiii. :'O

Seperti biasa, takde benda best pun yang Ahmooyy nak ceritakan.. Tapi, anggap je lah, benda yang Ahmooyy nak kasi tahu nie, adalah sesuatu benda yang best! Okayy?
Sebenarnya, Ahmooyy  sekarang nie, tengah busy dengan Latihan Industri.. Sekarang nie dah bulan September, so ini bermakna, dah 3 bulan dah Ahmooyy menjalani Latihan Industri nye punnn~~~ Jadi, motif Ahmooyy bagitahu nie, sebab Ahmooyy dah tak sabar-sabar nak balik KUANTAN.

Rindu rasanya dengan POLISAS! Sangat! Taknak kerja. Nak study jeee. Biarlah ade Kuiz, Test, Assignment pun, Ahmooyy tak kisah. Penatlah kerja...

Nanti bolehlah update pasal Lect tu, Lect nie.. HuiiHuii. Sekarang takde benda nak update. Yang boleh Ahmooyy cakap, Boss Ahmooyy okay. Sangat baik dan bertimbang rasa. :') Kalau pasal Customer pulak, kalau dapat yang baik, baik sangat. Sampai rela tertidur2 tunggu server MyEG yang loadingggggg.... HuiiHuii. Kalau dapat yang kepala angin? Nak ceeeeeeeepat je sentiasa. Haiihh~~~ Manusia.

Itu baru pasal customer nak renew Insurans or RoadTax kereta. Kalau yang customer Takaful Insurans Life punya? Perggh! Lagilah. Macam-macam perangai. Tapi Ahmooyy tak kisah sangat pun. Boleh kenal macam-macam jenis manusia. Hahaha.

Ape yang Ahmooyy tahu, report nak kena siapkan SECEPAT MUNGKIN. Mungkin dalam Minggu Depan, Lect nak datang melawat Ahmooyy kat office. Takutttt T_T  Harap-haraplah dapat A+++++ Haha.

Selain dari Ahmooyy cerita-cerita ni, Ahmooyy nak selit sikitlahkan.. Actually sekarang nie, Ahmooyy tengah berjinak-jinak dengan business. Kecil-kecilan je.. Hehehheeee. Jadi, Ahmooyy nak iklan kan sikit kat sini, kepada sesiapa yang nak atau sedang mencari LENS yang harganya berpatutan dan murah, bolehlah singgah kat PAGE AHMOOYY nie..





Ini baru sikitt tau. Kat PAGE AHMOOYY ada banyakkkkk lagi. Kat sini ada banyak jenis LENS yang korang boleh tengok. So, sila lah grab cepat-cepat ♥ Jangan malu, jangan segan. Korang boleh tengok2 belek2. 

BTW, doa-doakanlah Ahmooyy berjaya dengan business nie ye! :')

Friday, August 24, 2012

Fuhhhhh~~

Assalamualaikum!

Beraya dengan penuh semangat. Sampaikan terlupa diri ada blog. KuiiKuii. AmpunnAmpun. Dah lama sangat biarkan blog nie bersawang. Ouh. Dihari Raya yang Mulia nie, Ahmooyy nak ambil sikit kesempatan untuk ucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa umatt Islam ;)

Ahmooyy minta maaf, minta ampun, kalau-kalau sepanjang Ahmooyy menulis blog ini, ada menguris hati dan perasaan anda semuaa tanpa Ahmooyy sedari, Ahmooyy minta maaf banyak-banyak.. Itu semua mungkin diluar kesedaran Ahmooyy. SobbSobb Y_Y

Raya tahun nie, biasa-biasa je. Memandangkan Ahmoyy dah pun berumur 20-an , maka secara automatiknya, pakcik dan makcik pun macam serba-salah nak bagi duit raya kat diri ini.  -_- Sedih! Takpe-takpe. Kalau orang tak tahu Ahmooyy umur berapa, dorang mesti kasi. **Mengharap nieeeee!


Ouh.. Rendangnya sayaaaa -,-

OkayyOkayy. Ahmooyy sebenarnya nak bagi tahu, giveaway yang selama ini Ahmooyy war-warkan itu, dah pun dapat pemenangnya!! Yang mana? Dah lupa? Aduhh. Tu lah. Banyak sangat makan ketupat ngan rendang + kuah kacang, habis semua lupa. Muaahahaha.. OkayyOkayy. Meyh nak ingatkan balik. KLIK KAT SINI LAJU-LAJU.

Dah ingat? Wahh-wahh. Anda salah seorang pemenangnya? SERONOKNYAAAAA! Tahniah yeee.. Dah boleh dah tebus hadiahnya. Macam mana? Ikut je arahan yang telah ditulis itu ye.. ;)

Ust Don pun dah selamat bernikah. Jadi, dikesempatan ini, Ahmooyy nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ust Don dah Isteri, serta kepada semua yang telah selamat melangsungkan pernikahan, tak kira dimana pun anda beradaa. Semoga Bahagia Hingga ke Akhir Hayat 





P/S :: Silalah datang beraya ke rumah yee. Kuih raya banyak lagi nieee :'D

Tuesday, August 7, 2012

Kupon Pizza Percuma!



Assalamualaikum!

Masa Ahmooyy berjalan-jalan kat blog orang, Ahmooyy jumpa sesuatu yang amat menyeronokkan! Jadi, Ahmooyy dengan baik hatinya, nak kongsi ngan korang semua kupon free dari Pizza Hut!  Beli 1 piza & dapatkan 1 lagi piza dengan percuma jika anda cetak & berikan kupon di kaunter! ** Hari tu McD.. HikkHikk.. Siapa nakkkkk? Sila angkat kening laju-lajuuuuu.. Hahaha. Mesti korang semua nak kann? Okayy, tanpa membuang masa lagi, sila tekan terus ke sini. Anda akan dibawa terus ke kupon tersebut. So, Apa lagi? Sila lah print ye... ;)


Sah dari 8.8.2012 hingga 10.8.2012.. Jom serbu Pizza Hut!

** Hanya untuk Bawa Pulang (Take-away)  

Friday, August 3, 2012

10 kesilapan dalam menghayati Ramadhan


Assalamualaikum !


Disini, Ahmooyy nak kongsi serba sedikit tentang kesilapan-kesilapan yang sering kita semua lakukan dalam menghayati bulan Ramadhan al-Mubarak nie :) Renung-renungkan....


1. Hanya semangat bertarawikh di awal Ramadhan tetapi tidak menggandakan ibadah pada sepuluh akhir Ramadhan.

2. Mampu meninggalkan makan minum waktu berpuasa tetapi amat liat meninggalkan tabiat maksiat.

3. Gagal mengawal nafsu dengan berbelanja boros membeli juadah berbuka.

4. Boleh sabar tidak merokok waktu berpuasa tetapi tidak boleh bersabar untuk meninggalkan terus tabiat merokok.

5. Terlalu ghairah dengan kehadiran Alidilfitri hingga tidak merasakan kepiluan pemergian Ramadhan.

6. Sangup membeli juadah berbuka dari penjual yang tidak mengamalkan akhlak dan syariat Islam seperti tidak menutup aurat.

7. Rajin membaca akhbar dan menonton tv tetapi amat malas membaca dan menghayati Al-Quran

8. Malas bangun bersahur, apalagi untuk bertahajjud.

9. Sibuk membuat persiapan raya hingga mengabaikan usaha memburu Lailatul Qadar.

10. Saban tahun Ramadhan langsung tidak merubah dirinya menjadi lebih baik.






TAHUKAH ANDA? : Pahala beribadah pada Lailatul Qadar sama ganjaran beribadah selama lebih 1000 bulan atau 30,000 malam. Rasulullah S.A.W menghadapi Lailatul Qadar dengan mengkhususkan ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan dan menghidupkan malam dengan solat, membaca Al-Quran, bermunajat dan berdoa. Baginda SAW membangunkan ahli keluarga untuk turut beribadat. Selain itu keluarga untuk turut beribadat. Selain itu, Baginda SAW beriktiraf di masjid sepanjang tempoh itu. Anda bagaimana?


Wednesday, August 1, 2012

Entry nak cepat ♥

Assalamualaikum !



Entry ni takde kaitan langsung dengan arnab yang Omeyy nie ye... >.<

Ahmooyy nak buat entry serba ringkas dan serba salah padat. Sambil-sambil memanjakan diri dengan meletakkan mask di muka, **biar cantik Ahmooyy nak bercerita pasal stesen radio online yang pernah Ahmooyy war-warkan di entry ini dulu. Sempena Ramadhan Al-Mubarak nie, semua dj-dj diberi cuti.. Oleh itu, selepas raya baru masuk konti semula.. Korang still lagi boleh dengar radio tu, tapi lagu je lah 24jam. Takde orang bebel-bebel pun.... **Ahmooyy dah rindu nak membebel.

HikkHikk, jadi kepada sesiapa yang nak dengar radio online itu, boleyh lah terus kan klik klik klik kat sini.... Kalau nak tekan kat banner bawah nie pun, takde problem. boleh je,. ;)


Ouh, sebelum Ahmooyy menutup entry nie, Ahmooyy nak share dengan korang semua sebaris ayat. 





Bye. Wassalam. 


Saturday, July 28, 2012

Story Itu Cerita ♥

Assalamualaikum !



Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyaa Ahmooyy tah update.. KannKannKann? Bukannya taknak update, tetepi tetapi disebabkan masalah-masalah yang tertentu menjadikan Ahmooyy susah sangat nak update.. SobbSobbb Y_Y

Macam mana dengan Puasa anda-anda semua? Ada yang dah tinggal? Ahmooyy setakat nie, Alhamdulillah.. Takde yang tinggal lagi :'D

Back to my agenda, Ahmooyy sebenarnya nak story mory sikit kat korang. Rindu nie nak ceritaa. Dengar tau.. Pada suatu hari Semenjak dua menjak sejak dah practical nie, masa untuk berblog dah jadi macam kurang ouh. Sedih :'( Bukannya apa, kerja memang banyak. Kepada sesiapa yang nak renew insurans kereta, atau pun road tax, silalah datang ke opis Ahmooyy ye.. HikkHikk.. Ahmooyy actually practical dekat Takaful Ikhlas. Dekat Bangsar. Huhuhuuuu. Best tau. Jalan kaki je pergi kerja. **Tapi tak kurus-kurus pongggg! Kepada rakan-rakan yang seangkatan dengan Ahmooyy, Practical lah elok-elok yee... Ahmooyy tengah berdebar tunggu Lect datang melawat Ahmooy di tempat kerja.. Muahahahahahaaa,,




Okayy-Okayy. Ahmooyy nak menghebahkan kepada anda semua tentang radio online. Tahu tak? Pernah dengar tak? Kepada yang pernah dengar dan yang tahu, baguslah... Kepada yang tak tahu, meyh sini Ahmooyy kasi tahu. Sebenarnya, ada banyakkkkkkkkkk sangat radio online yang ada. Takpercaya? Pergi search sekarang. Salah satunya, radio tempat Ahmooyy kerja malam-malam. WorldWide Symphony FM.
Ini adalah radio online pertama yang Ahmooyy kenal, dan juga radio online pertama yang Ahmooyy bekerja. **Bangga! Best tau.. Gerenti takdak iklan punya woooo.. Kepada semua yang nak tahu lebih lanjut, boleh lah LIKE FAN PAGE kami. Dan, jangan lupa join sekali dalam GROUP KAMI. Jangan lah segan dan silu ye... ;)

Next story, Ahmooyy nak share dengan korang semua tentang satu sistem, yang boleh naikkan traffic blog atau pun iklan ataupun apa-apa saja. Okayy-Okayy. Mesti korang tak berapa nak clean and clear lagi kan? Maaflah ye, sebab Ahmooyy nie kalau bab-bab nak menerangkan kat orang, memang Ahmooyy tak pandai. Cuba korang klik kat SINI, then tekan mana-mana button Click Here yang ada kat situ. JANGAN TEKAN BUTTON SHARE. Dah tekan? See, banyakk tak tab yang keluar? Haaaaaa.. Itulah sistemnya.. Kalau korang semua berminat, atau pun ada apa-apa persoalan yang bermain diminda korang,  korang boleyh terus ke FACEBOOK owner untuk mendapatkan lebih lagi penjelasan. ;D



For the last one, Ahmooyy nak war-war kan kepada korang semua, pasal satu Give Away nie.. Namanya Random Giveaway  by Ardini. Korang kena join sebab GA nie sangat oshem! Macam-macam hadiah korang boleh dapat. **Ahmooyy salah seoran sponsornya! Jadi, sebelum GA tamat 31 Julai nanti, Ahmooyy sangat mengalu-alukan korang semua sama-sama join GA nie ;) Boleh klik banner dibawah ini kalau korang semua berminat :'O



Okayy. Ahmooyy rasa Ahmooyy dah cerita semua dah kat korang semua.... TerimaKasih banyak-banyak kerana sudi menjadi pendengar setia Ahmooyy.. :') Terharu. Okayy, yang pasal radio online tu, rajin-rajin la ke situ ye.. InsyaAllah, Ahmooyy akan keudara setiap hari Isnin hingga Sabtu, pukul 10 malam hingga 12 malam ;) Selamat berpuasa semua 

Sunday, July 22, 2012

Natural Beauty Contest II - Abg Stalker

Assalamualaikum!





Klik-klik Banner ! 


Di hari Ahad yang hening nie, Ahmooyy nak merajinkan diri join contest lah pulakk..... Harrharr. Daripada blog terbiar je takde entry, baik korang semua pun sama-sama ikut Ahmooyy join contest nie. KuiiKuiii..

OkayyOkayy.. Syarat penyertaan dia sangat mudah, dan senang! Tak percaya? Tenok Tengok nie.

Syarat-syarat :
1. Terbuka semua BLOGGER lelaki dan perempuan duk dalam Malaysia SAHAJA.
2. DILARANG pamer gambar tak senonoh




HikkHikk.. Senang kan? So, apa lagi? Mohh le join ramai-ramai :) Ahmooyy nak pertaruhkan gambar Ahmooyy yang ini !!











KATEGORI 1




Sorrylah, First time tepek gambar besar-besar. Hahahahah!

 SILALAH KOMEN ;)




Tag kat mereka yang oshem nie :)   XOXO , XOXO

Tarikh Tamat : 26 Julai 2012


p/s :: Selamat Berpuasa 

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kembali ♥

Assalamualaikum!




Diam tak diam, pejam celik pejam celik, Ramadhan dah pun kembali..... Rasa macam baruuuuuu je Rayaaaaaa... Muahahahahaa. OkayyOkayy..

Waktu bulan Ramadhan ni lah, semua Syaitan-Syaitan diikat, tertutupnya pintu Neraka, dan dibuka seluas-luasnya pintu Syurga ;) **Harap tak kalah dengan nafsu sendiri!

Jadi, Ahmooyy harap sangat Ahmooyy tak mensia-siakan waktu ini! Ramai jugak yang mengambil kesempatan dalam bulan ni untuk kurangkan berat badan. Termasuklah Ahmooyy sekali. KuiiKuii.. Gemok dah dok kat umah 3 bulan........... Kalau tak diet time bulan Ramadhan ni, dah sah-sah balik Kuantan nanti jadi gedempol tak ketahuan hala -_-

Ye, ada jugak yang berazam nak berpuasa penuh.... Ahmooyy????? Err~~ Memang tak lah kan nak berazam macam tu........ Tiap-tiap tahun dah berazam macam tu. Takpernah lepas! Biasa lah,,, perempuannnn :'O

Ahmooyy harap korang tenang menjalani ibadah puasa tahun nie :) Perbanyakkan bersedekah.. **Nanti dapat banyak Pahala! 


Jangan lupa terawih tauuuuu ^_^


Niat puasa sebulan :



Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

Monday, July 16, 2012

Segmen promote blog by Jal

Assalamualaikum!



 
Klik-Klik Banner :)


Disebabkan takde kerja kat office nie, maka Ahmooyy pun rasa sangat bosan. Lalu, Ahmooyy pun terasa nak join Segmen yang sangat-sangat simple nie :)  **Ayat tak boleyh bla!


Ahmooyy join sebab Ahmooyy nak menambah kenalan kat dunia blog nie :) Harap ada yang sudi nak berkawan dengan Ahmooyy. Hahahaaa :'D


Okayy, korang sangat dialu-alukan untuk join segmen nie........ Moh join ramai-ramai!

Motif segmen ----> 'Segmen ni senang saja, korang buat satu entri then Jal akan promote + review blog korang dalam blog Jal selama 6 jam, that means dalam sehari empat blog akan Jal promote. Dan Jal akan start promote besok pagi pukul 10pagi (kalau ada sambutan lah kan).' 



Tarikh tutup: 24 Julai 2012 (genap 6 bulan Jal berblog) 

Friday, July 13, 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.

Assalamualaikum!

SILA TEKAN BANNER :)

Entry serba ringkas. Mesti korang semua dah join kan segmen nie.. Ahmooyy je lah yang ketinggalan nie ye?  SobbSobb Y_Y . Sebenarnya, Ahmooyy dah lama dah nak join.. Tapi seriously, sangat-sangat takde masa. Bila ada masa, lupa pulak update! **Orang tuaaaaa**

OkayyOkaayy. Meyh join reramai. Kasi meriah lagi!

Tarikh Tamat : 1 OGOS 2012


Yang nie best ----->  'Selepas segmen ditutup, aku akan membuat 3 cabutan random di mana 3 blog bertuah ini akan menerima topup bernilai RM50 setiap satu.'   :'D

Kenapa?

Assalamualaikum!

Hari-hari pulak Ahmooyy update blog nie. Harap korang tak bosan :) Ahmooyy online kat tempat kije nie.. Takde kerja. Lagi pun sorang-sorang je kat sini. Takut ada, bosan pun ada. -.-' Time ni lah ramai pulak orang nak lalu-lalang depan office. Demmm! Menakutkan, Merisaukan. Y_Y

Terus sahaja kepada topik kita hari nie. Ahmooyy sebenarnya malas nak mengaibkan orang. Tapi cara orang itu yang macam membenarkan Ahmooyy untuk mengaibkan diri dia. Tapi, daripada cara dia sendiri tu pun, dah cukup untuk dia mengaibkan diri sendiri..


Korang tak faham? Okayy-okayy.. Macam nie. Berkasih-sayang kat tempat umum. Kasi semua orang nampak yang dia tengah berkasih sayang. Memang itu group dia, dan dia ada hak. Tapi, kalau dalam group tu hanya ada dia dengan awek dia saja, Ahmooyy dengan orang lain tak kisahh.. Ini ahli group dah ramai, dia boleh pulak buat macam tu, tanpa segan silu!

Mesti ada yang kata,

'Alah, biarkanlah dia, malas nak ambil tahu'
'Kan fb dia, suka hati dia lahh...'


Ye. Ahmooyy takde masalah tentang itu fb dia atau pun bukan. Tapi Ahmooyy kisah dengan perangai dia tu.
Dasar Buaya Darat. Ahmooyy bukan menokok tambah cerita. Ahmooyy pun kalau boleyh, taknak buat entry nie. tapi dah terdesak sangat. Sebab dah terbukti, dan Ahmooyy dah berkenalan dah pun dengan salah seorang MANGSA dia.

Seriously, dah banyak rupanya penipuan yang dia buat. Banyak yang amat! Tipu sana-sini. Tukar awek, macam tukar baju je . Pagi putus, tengah hari dah ada ganti. Hebatkan? Hurmm.. Apalahh nak jadi dengan orang macam tu. Dia ingat., orang semua suka dengan cara dia yang macam tu. Dia tak sedar, yang orang tak suka dia.. Sebab bila orang tegur, taknak dengar..


Kemudian, rampasan kuasa pun terjadi semalam! Hebat. Sangat hebat. Maki-maki sana-sini. Tapi sayangnya, Ahmooyy tak boleh tengok pulak post dia dalam tu.. Sebab dia block fb Ahmooyy. Penakut punya orang! Orang baru buat sikit, dia punya melatah, makk aiiih. Tak boleyh bla. Dia dengan awek dia, sama naik. Itu lahh, orang bagi nasihat taknak dengar..... Bila dah kena? Masih lagi nak menyalahkan orang lain. Haihh~~ Last-last, owner sendiri kena tendang dari group. Hahaha . Kesiannn..

Kepada kaum wanita kat luar sana yang pernah jadi MANGSA dia, jangan takut. Kami akan usulkan perkara ni ke atas. Ahmooyy tak kisah apa nak jadi, asalkan takde dah orang lain jadi MANGSA dia lagi!

Wednesday, July 11, 2012

Tolong Saya !

Assalamualaikum!

Lamanya tak update! Kepada sesiapa yang perasan, dalam 2 3 hari lepas, blog Ahmooyy kena hack! Adoiii. Macam-macam betullah. Entah apa yang mereka tak puas hati pun Ahmooyy tak tahu.. Blog buruk macam nie pun nak hack! Okaylah. Kenapa dengan blog Ahmooyy kali nie? Err~~ Actly, under construction.. So, jadilah macam nie.. Nak upah orang edit blog Ahmooyy nie. Tapi tahu lagi nak suruh siapa. Ada tak sesape yang berminat? Ahmooyy bayarlah awak nanti.. Jangan risau. Ahmooyy nak edit seluruh blog nie. Maklumlah, Ahmooyy nie bukannya kreatif sangat pun. :'O

Motif? -.-'


Actly, blog nie terabai sekejap sebab Ahmooyy tengah busy sekarang nie. Dah start practical.. Sampai blog sendiri kena hack pun, Ahmooyy tak perasan -.-' Teruk kan? zzzzzzzzz So far so long, practical okayy-okayy je. Takde banyak sangat pun kerja. Kalau client datang baru lah ada kerja sikit. Print sana sini. Kerja pulak ngadap komputer je. BOSANG! Sekarang tunggu lect. datang pantau je. Jangan lect datang Ahmooyy tengah main game sudahlah.. zzzzz~~ Karang tak pasal-pasal kena ceramah free je!

Okay, Ahmooyy nak pergi tidur! Awalkan? Ini semua sebab taknak mengantuk nanti kat Opis. =.=
Kepada sesiapa yang nak meng-offer kan diri untuk edit blog Ahmooyy nie, amatlah dialu-alukan. Bolehlah tinggalkan komen kat entry nie. Jangan letak kat chatbox pulak tau.. Jangan risau, sebab Ahmooyy takde lah cerewet sangat. Cerewet sikit je.. Boleyhkann?


p/s::TerimaKasih kepada XN kerana mendapatkan kembali blog Ahmooyy nie :)

Tuesday, July 10, 2012

pesanan pada hacker newbie area selatan

pesanan pada hack newbie untuk mereka yang menetap di johor.berhati tindakan anda, kami tahu dimana anda berada..kami dari white hackers code 091-tk akan cari anda.sila jangan ganggu blog ini lagi...habiskan belajar dulu....beringat sebelum kena..salam

Friday, July 6, 2012

Mencari

Assalamualaikum !

Semangat pulak nak menaip hari nie :') Bukan apa, sebab tadi dah keluar berjalan-jalan, menenangkan fikiran yang beserabut, meluahkan segala kecelaruan yang ada kat dalam kepala otak nie.. So, sekarang Ahmooyy rasa lagi selesa, and rasa macam kurang sikit beban tu.. Lalala~~ 

Baiklah, berbalik kepada title di atas. Mencari. Mencari apa? Boyfriend? Hahahaaa~~ Bukan-bukannnnnnnnn. Sebenarnya mencari Sahabat. Seorang sahabat yang boleh dipercayai, boleh diharap, dan boleh menjaga aib sahabat-sahabatnya yang lain. Ye, Ahmooyy akui,  Ahmooyy pun bukanlah seorang sahabat yang agak baik, tapi Ahmooyy still lagi tahu, bagaimana nak menjaga maruah, aib sahabat yang lain.



Ahmooyy still lagi tak faham, kenapa ada sahabat yang sanggup menjatuhkan sahabatnya, hanya untuk kepentingan diri dia sendiri. Seriously, Ahmooyy rasa, orang yang macam ni, sangat-sangat annoying. Berulang kali diberi peluang, tetap ulang kesilapan, kesalahan yang sama. Mana ada manusia yang berakal, boleyh terjatuh dalam lubang yang sama berulang kali.**Maknanya, buat kesalahan yang sama berulang kali**.

Kenapa masih ada lagi orang yang macam tu? Mungkin Ahmooyy salah pilih kawan? Dia baik, tapi cuma satu tu je kekurangan dia. Ahmooyy dah cuba jadi sahabat yang terbaik untuk mereka. Tapi dibalas pula macam ni. Setiap kali ditegur, ada je alasan. Ada je cara nak memutar belitkan cerita. Apa-apa pun, dia mesti menang, even dah terang-terang dia salah! Apa yang Ahmooyy boleh buat sekarang nie, cuma mendiamkan diri. Ikut je rentak dia. Harap, satu masa nanti dia boleh berubah. Jadi sahabat yang lebih baik.  


Thursday, July 5, 2012

Segmen - Aku Blogger Gadis Melayu 2012

Assalamualaikum !




Malas pulak nak menaip entry panjang berjela. Oleh itu, Ahmooyy nak join segmen lah! Korang pun boleyh join tau. Segmen berakhir jam 8 Malam nie :)

Wednesday, July 4, 2012

Was Hacked !

Assalamualaikum !

Rajin pulak rasanya nak update hari ni kan? OkayyOkayy, ni Ahmooyy nak cerita sikit pasal semalam. Facebook Ahmooyy hampir kena hacked pulak semalam! Woahhh! Berani-berani je Manusia tu nak main hack-hack kan.. Tahulah Ahmooyy tak berapa nak bijak dalam benda-benda macam tu, tapi janganlah kejam sangat sampai nak hack Ahmooyy pulak. Entah apa salah Ahmooyy pun, Ahmooyy tak tahu.

Nak bermusuh dengan orang pun Ahmooyy tak berani. Takut benda-benda macam ni lah jadi nanti. Dendam sana, dendam sini. Haihhhhh~~ Apalah -.-''

Kat sini Ahmooyy nak kongsi sikit video yang Ahmooyy tengok Tengah Malam semalam. Ahmooyy taknnak lah touching sorang je kan.. Nak ajak korang sama-sama touching ngan Ahmooyy. Lalalaa ~~
Mungkin ada antara korang yang dah tengok dah video ni.. Takpa! Tengok je lagi.. :'D
Sebelum bukak video nie, boleyh lah korang stop kan dulu lagu yang ada dalam blog Ahmooyy nie.. Karang tak feeling pulak . Kann..




Moga korang dapat lah pengajaran dari apa yang telah disampaikan oleh Ustaz tersebut :)

Tuesday, July 3, 2012

Saya Blogger Awesome + Cool II


Okayy . Malam-malam nie terasa pulak macam nak join Segmen kann.. So, petang tadi ada jumpa Segmen yang simple, dan Ohsyem! Hahaa . Suka pulak masuk blog kuning oren yang Omeyy nie kannn. So, tampa tanpa membuang masa, Ahmooyy Join Segmen nie!! Yeyyy ! Meyh ramai-ramai lagi join!

Tarikh Luput 31.o7.2o12 

Makluman

Assalamualaikum !



OkayyOkayy, kepada semua Ahmooyy dah buat blog baru. Ini adalah kerana, blog yang lama, ahmooyymunchett.b.c, telah pun di delete. Lama dah Ahmooyy delete. Tak tahu lah kenapa terasa macam nak delete. Hurmm, so, terpaksa lah buat blog baru, sebab perasaan nak menaip tu kuat sangat ! -.-'

HarrHarrHarr. Baiklah, diharapkan penulisan Ahmooyy kali ni menjadi cara penulisan yang agak matang, dan bukan kearah kebudak-budakkan. Harap-harap macam tu lah ye.. Ahmooyy berharap sangat, korang boleh terima jugak cara penyampaian Ahmooyy nanti ye .. >.<

InsyaAllah, lepas nie Ahmooyy akan memulakan BW kat blog-blog korang.. **kena rajin nak promote blog sendiri kannn**  

New !



New Life. New Blog. New Boyfriend.
 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,