Monday, December 31, 2012

Luahan Perasaan

Assalamualaikum!

Lamanya tak meng-update blog nie. Rasa cam janggal sangat.  *ayat minta kaki.  Bukan Ahmooyy tak nak update. Tapi masalah sana-sini yang jadikan Ahmooyy sangat susah nak update. Tengok jelah cerpen cerita 3 in 1 tu pun, baru episod dua. DUA tau. Tak tahu ada berapa episod sebenarnya tu. Alahai. Tak tahu nak buat maca mana ouh.

Mula-mula dengan masalah hostel. Dari KL, Ahmooyy datang Kuantan semata-mata nak hantar surat rayuan untuk duduk kat hostel. Pastu dah hantar surat rayuan, still lagi tak dapat. Okay fine. Ahmooyy pilih untuk jadi calon menumpang. FINE! Menumpang pulak selama seminggu je. Lagi bulan-bulan yang lain tu Ahmooyy nak duduk celah manaaa? Tolong bagi cadangan!! Pastu Ahmooyy fikir-2, ini memang tak boleh jadi.  Pakat ngan member pergi jumpa terus Ketua Felo Asrama, mintak terus asrama dengan dia. And, Finally, Ahmooyy dapat asrama! Ketua Felo suruh pergi bayar yuran segala bagai.

Tapi! Ada pulak benda lain yang jadi. Bilik yang Ahmooyy nak duduk tu, ada pulak budak lain yang masuk. Siap dah bawak barang-2 dia lagi, letak dalam bilik tu.  BTW, Ahmooyy tak dapat lagi kunci bilik, sebab Ahmooyy kan menumpang. So, dia dapat kunci bilik sebab dia punya nama ada dalam simpanan Ketua Jabatan dia. Haihh. Masalah lagi kan?  So, Ahmooyy pergi settle kan hari itu jugak. Ahmooyy pergi gegar rumah penyelia asrama. Ahmooyy bawak surat rayuan yang dah dicop Ketua Felo tu, segala bagai resit-2 semua, tunjuk kat dia.  Bengang memang bengang. Tapi buat-2 cool jelah kan.

Mula-2  penyelia cam taknak layan. Pastu buat muka sikit, baru dia tanya and Ahmooyy pun story mory semua. Then, dia suruh balik bilik dulu and nanti dia settle kan. Finally, Ahmooyy dapat stay kat bilik nie, and budak yang lagi seorang tu kena pindah bilik lain. Alah, bilik sebelah nie je pun. Berjiran lah kami. Haihh.

Yang Ahmooyy tak boleh blah tu, budak tu kaki kencing. Cakap dah bayar yuran asrama semua. Tapi sebenarnya belum. Pastu asek tekankan yang dia tu dapat kunci. So, dia berhaklah keatas bilik tersebut. Eyh, heloo. Setakat kunci tu, Ahmooyy boleh fotokopi berjuta lah.

Settle satu masalah, then satu masalah lagi datang. Tapi, semuanya dah terkawal dah sekarang nie. Alhamdulillah. So, lepas nie Ahmooyy akan update cerpen Ahmooyy tu.

Stay tune!

No comments:

 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,