Friday, August 3, 2012

10 kesilapan dalam menghayati Ramadhan


Assalamualaikum !


Disini, Ahmooyy nak kongsi serba sedikit tentang kesilapan-kesilapan yang sering kita semua lakukan dalam menghayati bulan Ramadhan al-Mubarak nie :) Renung-renungkan....


1. Hanya semangat bertarawikh di awal Ramadhan tetapi tidak menggandakan ibadah pada sepuluh akhir Ramadhan.

2. Mampu meninggalkan makan minum waktu berpuasa tetapi amat liat meninggalkan tabiat maksiat.

3. Gagal mengawal nafsu dengan berbelanja boros membeli juadah berbuka.

4. Boleh sabar tidak merokok waktu berpuasa tetapi tidak boleh bersabar untuk meninggalkan terus tabiat merokok.

5. Terlalu ghairah dengan kehadiran Alidilfitri hingga tidak merasakan kepiluan pemergian Ramadhan.

6. Sangup membeli juadah berbuka dari penjual yang tidak mengamalkan akhlak dan syariat Islam seperti tidak menutup aurat.

7. Rajin membaca akhbar dan menonton tv tetapi amat malas membaca dan menghayati Al-Quran

8. Malas bangun bersahur, apalagi untuk bertahajjud.

9. Sibuk membuat persiapan raya hingga mengabaikan usaha memburu Lailatul Qadar.

10. Saban tahun Ramadhan langsung tidak merubah dirinya menjadi lebih baik.






TAHUKAH ANDA? : Pahala beribadah pada Lailatul Qadar sama ganjaran beribadah selama lebih 1000 bulan atau 30,000 malam. Rasulullah S.A.W menghadapi Lailatul Qadar dengan mengkhususkan ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan dan menghidupkan malam dengan solat, membaca Al-Quran, bermunajat dan berdoa. Baginda SAW membangunkan ahli keluarga untuk turut beribadat. Selain itu keluarga untuk turut beribadat. Selain itu, Baginda SAW beriktiraf di masjid sepanjang tempoh itu. Anda bagaimana?


3 comments:

Jenn Syafiqa said...

salam ramadhan sis =)

thanx sudi share things like this. moga bertemu malam lailatu; qadar.

singgah and follow sini

Ahmooyy Chantekk said...

@Jenn Syafiqa Salam Ramadhan dear,

Most welcome. Memang benda macam nie kita kena share kann ;)

Thankyou!

Hanif said...

Terima kasih untuk ingatan

 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,