~Dapatkah selamanya kita bersama~ menyatukan perasaan kau dan aku~
‘Hish, siapa
pulalah yang telefon pagi-pagi nie? Bentak aku didalam hati apabila ada makhluk
yang menganggu tidur aku.
‘‘Helo?’’
‘‘Hai Nor! Kau
ingat aku lagi tak?’’ Ujar orang misteri yang menelefonnya.
Aku mengambil
masa yang agak lama sedikit untuk mengamati suara tersebut.
‘‘Siti?’’
‘’Ha! Kenal pun
kau dengan aku. Kalau kau tak kenal aku tadi, aku cepuk kepala kau. Aku nie
ratu masa sekolah tau. Eyh. Kau dah ada
pakwe?’’
Ye. Siti. Ratu
masa di sekolah. Siapa yang tak kenal dia? Semua orang kenal dia, termasuklah
guru besar. Kerana? Biarlah rahsia. Tapi apahal dia tanya aku ada pakwe ke
tidak? Telefon aku, pastu terus tanya pasal pakwe-pakwe pulak.
‘‘Pakwe? Kenapa?
’’ Soalan dibalas soalan. Hihii
‘’Ish kau nie!
Jawab je lah ada ke tidak?’’ Marah Siti.
‘‘Mesti kau nak
kenalkan aku dengan lelaki kan? Alahai Siti.. Aku memang takde pakwe. Tapi aku macam
malaslah nak kenal dengan member kau lagi dah.. Kau tak ingat ke? Seramai-ramai
lelaki yang aku kenal, semuanya datang dari kau. Kau sedar tak Siti?’’ Ujar aku dengan panjang lebarnya tanpa memberi
sedikit ruang pun untuk Siti berkata-kata.
‘‘Ini lain Nor.
Kau percaya lah dengan aku. Dia nie anak orang kaya. Aku amek adek dia, kau
amek abang dia.’’
‘’Yang tua semua
kau bagi aku.’’ Dari dulu lagi Siti akan kenakan dengan aku, orang yang lebih
tua dari aku.
‘’Eyh! Dorang
sama umurlah. Nanti aku explain. Kau nak kenal tak?’’
Sama umur? Pelik
nie. Kembar ke? Ke, dorang kawan? Tapi tadi cakap adik beradik? Pening.
‘’Aku kalau bab
kenal-kenal dengan orang nie, takde hal. Kau bagi je nombor dia kat aku. Nanti
aku ada masa aku telefon dia.’’
‘’Ala. Adik dia
tak kasi aku nombor telefon.. Dia takut aku kacau abang dia tu.’’
‘‘Yelah. Kau kan
gatal!’’ Siti memang terserlah dengan sifatnya yang suka mengusik dan sedikit
gatal.
‘’Hahhaaa. Dah
lah. Nanti aku suruh dia telefon kau. Okay? Bye.’’
‘‘Okay-okay.
Bye.’’
Aku mematikan
panggilan dan terus keluar ke dapur mencari makanan.
************************
No comments:
Post a Comment