Friday, July 13, 2012

Kenapa?

Assalamualaikum!

Hari-hari pulak Ahmooyy update blog nie. Harap korang tak bosan :) Ahmooyy online kat tempat kije nie.. Takde kerja. Lagi pun sorang-sorang je kat sini. Takut ada, bosan pun ada. -.-' Time ni lah ramai pulak orang nak lalu-lalang depan office. Demmm! Menakutkan, Merisaukan. Y_Y

Terus sahaja kepada topik kita hari nie. Ahmooyy sebenarnya malas nak mengaibkan orang. Tapi cara orang itu yang macam membenarkan Ahmooyy untuk mengaibkan diri dia. Tapi, daripada cara dia sendiri tu pun, dah cukup untuk dia mengaibkan diri sendiri..


Korang tak faham? Okayy-okayy.. Macam nie. Berkasih-sayang kat tempat umum. Kasi semua orang nampak yang dia tengah berkasih sayang. Memang itu group dia, dan dia ada hak. Tapi, kalau dalam group tu hanya ada dia dengan awek dia saja, Ahmooyy dengan orang lain tak kisahh.. Ini ahli group dah ramai, dia boleh pulak buat macam tu, tanpa segan silu!

Mesti ada yang kata,

'Alah, biarkanlah dia, malas nak ambil tahu'
'Kan fb dia, suka hati dia lahh...'


Ye. Ahmooyy takde masalah tentang itu fb dia atau pun bukan. Tapi Ahmooyy kisah dengan perangai dia tu.
Dasar Buaya Darat. Ahmooyy bukan menokok tambah cerita. Ahmooyy pun kalau boleyh, taknak buat entry nie. tapi dah terdesak sangat. Sebab dah terbukti, dan Ahmooyy dah berkenalan dah pun dengan salah seorang MANGSA dia.

Seriously, dah banyak rupanya penipuan yang dia buat. Banyak yang amat! Tipu sana-sini. Tukar awek, macam tukar baju je . Pagi putus, tengah hari dah ada ganti. Hebatkan? Hurmm.. Apalahh nak jadi dengan orang macam tu. Dia ingat., orang semua suka dengan cara dia yang macam tu. Dia tak sedar, yang orang tak suka dia.. Sebab bila orang tegur, taknak dengar..


Kemudian, rampasan kuasa pun terjadi semalam! Hebat. Sangat hebat. Maki-maki sana-sini. Tapi sayangnya, Ahmooyy tak boleh tengok pulak post dia dalam tu.. Sebab dia block fb Ahmooyy. Penakut punya orang! Orang baru buat sikit, dia punya melatah, makk aiiih. Tak boleyh bla. Dia dengan awek dia, sama naik. Itu lahh, orang bagi nasihat taknak dengar..... Bila dah kena? Masih lagi nak menyalahkan orang lain. Haihh~~ Last-last, owner sendiri kena tendang dari group. Hahaha . Kesiannn..

Kepada kaum wanita kat luar sana yang pernah jadi MANGSA dia, jangan takut. Kami akan usulkan perkara ni ke atas. Ahmooyy tak kisah apa nak jadi, asalkan takde dah orang lain jadi MANGSA dia lagi!

No comments:

 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,