Saturday, November 17, 2012

Cinta 3 In 1 (II)



Sejak balik dari Port Dickson, lelaki misteri tersebut still lagi belum telefon aku.  Aku pun tanyalah si Siti tu. Ada pula dia kata aku yang gatal terlebih. Abangnya tu pemalu sikit. Okay. Fine. Aku tunggu lagi. Tunggu dan tunggu. Akhirnya lelaki misteri yang ditunggu-tunggu pun telefon.

‘’Helo?’’ Aku memula bicara.

‘’Hai.  Awak kawan Siti?’’ Balas lelaki misteri tersebut.

‘‘Yup. Saya kawan Siti. Awak kan yang nak berkawan dengan saya? Nama saya Nor. Awak?’’ Panjang lebar aku cakap.

‘‘Ouh. A’ah. Nama saya Mat. Adik saya berkawan dengan Siti. Jadi, dia pun kenalkanlah saya dengan awak.’’

‘Ouh. Mat rupanya.’ Ujarku didalam hati. ‘‘Kalau macam tu, selamat berkenaan ye.’’

“Selamat berkenalan juga. Harap awak tak kisah berkawan dengan saya.’’

‘’Alah, nak berkawan je pun kan? Takde masalahlah awak.’’

“Okaylah, saya nak pergi makan nie. Nanti saya telefon awak semula ya?’’

Mungkin dorang baru siap Solat Jumaat kot.

“Okaylah kalau macam tu. Bye”

“Bye.”

Ouh. Betapa berbunganya hati aku dipenuhi dengan macam-macam jenis bunga. Serious. Seronok beb! Tapi, tak tahulah apa yang seronok sebenarnya.

***************************

Bermula dari hari itu, aku dan Mat mula rapat dan sangat rapat. Pasangan kekasih? Mungkin. Tapi tiada seorang pun antara kami yang declare apa-apa.  Jadi, aku layankan ajalah si Mat nie.

Aku juga dapat tahu, yang Mat dan adiknya Min adalah adik beradik angkat. Keluarga Min mengambil Mat dan dijadikan anak angkat keluarga. Min anak tunggal.  Umur dorang sama. Hanya perbezaan bulan kelahiran.  Disebabkan Mat lahir  pada bulan 1, jadi Min memanggil Mat, abang.

Semuanya seronok. Buat pertama kalinya aku jadi macam betul-betul jatuh cinta. Betul! Aku tak tipu. Sikit pun tak. Aku sendiri tak dapat gambarkan betapa seronoknya aku dapat berkawan dengan dia. Sampai satu tahap, aku rasa akulah orang yang paling beruntung sebab dapat kenal dengan Mat.

                                                        ***************************


3 comments:

Anonymous said...

gud luck ^^

SLM..please www.cicileydi.com

THE AUTHOR said...

Nak tunggu sambungannya

ahmooyym said...

@Hanif Idrus Sabar yee :')

 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,