Saturday, July 28, 2012

Story Itu Cerita ♥

Assalamualaikum !



Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyaa Ahmooyy tah update.. KannKannKann? Bukannya taknak update, tetepi tetapi disebabkan masalah-masalah yang tertentu menjadikan Ahmooyy susah sangat nak update.. SobbSobbb Y_Y

Macam mana dengan Puasa anda-anda semua? Ada yang dah tinggal? Ahmooyy setakat nie, Alhamdulillah.. Takde yang tinggal lagi :'D

Back to my agenda, Ahmooyy sebenarnya nak story mory sikit kat korang. Rindu nie nak ceritaa. Dengar tau.. Pada suatu hari Semenjak dua menjak sejak dah practical nie, masa untuk berblog dah jadi macam kurang ouh. Sedih :'( Bukannya apa, kerja memang banyak. Kepada sesiapa yang nak renew insurans kereta, atau pun road tax, silalah datang ke opis Ahmooyy ye.. HikkHikk.. Ahmooyy actually practical dekat Takaful Ikhlas. Dekat Bangsar. Huhuhuuuu. Best tau. Jalan kaki je pergi kerja. **Tapi tak kurus-kurus pongggg! Kepada rakan-rakan yang seangkatan dengan Ahmooyy, Practical lah elok-elok yee... Ahmooyy tengah berdebar tunggu Lect datang melawat Ahmooy di tempat kerja.. Muahahahahahaaa,,




Okayy-Okayy. Ahmooyy nak menghebahkan kepada anda semua tentang radio online. Tahu tak? Pernah dengar tak? Kepada yang pernah dengar dan yang tahu, baguslah... Kepada yang tak tahu, meyh sini Ahmooyy kasi tahu. Sebenarnya, ada banyakkkkkkkkkk sangat radio online yang ada. Takpercaya? Pergi search sekarang. Salah satunya, radio tempat Ahmooyy kerja malam-malam. WorldWide Symphony FM.
Ini adalah radio online pertama yang Ahmooyy kenal, dan juga radio online pertama yang Ahmooyy bekerja. **Bangga! Best tau.. Gerenti takdak iklan punya woooo.. Kepada semua yang nak tahu lebih lanjut, boleh lah LIKE FAN PAGE kami. Dan, jangan lupa join sekali dalam GROUP KAMI. Jangan lah segan dan silu ye... ;)

Next story, Ahmooyy nak share dengan korang semua tentang satu sistem, yang boleh naikkan traffic blog atau pun iklan ataupun apa-apa saja. Okayy-Okayy. Mesti korang tak berapa nak clean and clear lagi kan? Maaflah ye, sebab Ahmooyy nie kalau bab-bab nak menerangkan kat orang, memang Ahmooyy tak pandai. Cuba korang klik kat SINI, then tekan mana-mana button Click Here yang ada kat situ. JANGAN TEKAN BUTTON SHARE. Dah tekan? See, banyakk tak tab yang keluar? Haaaaaa.. Itulah sistemnya.. Kalau korang semua berminat, atau pun ada apa-apa persoalan yang bermain diminda korang,  korang boleyh terus ke FACEBOOK owner untuk mendapatkan lebih lagi penjelasan. ;D



For the last one, Ahmooyy nak war-war kan kepada korang semua, pasal satu Give Away nie.. Namanya Random Giveaway  by Ardini. Korang kena join sebab GA nie sangat oshem! Macam-macam hadiah korang boleh dapat. **Ahmooyy salah seoran sponsornya! Jadi, sebelum GA tamat 31 Julai nanti, Ahmooyy sangat mengalu-alukan korang semua sama-sama join GA nie ;) Boleh klik banner dibawah ini kalau korang semua berminat :'O



Okayy. Ahmooyy rasa Ahmooyy dah cerita semua dah kat korang semua.... TerimaKasih banyak-banyak kerana sudi menjadi pendengar setia Ahmooyy.. :') Terharu. Okayy, yang pasal radio online tu, rajin-rajin la ke situ ye.. InsyaAllah, Ahmooyy akan keudara setiap hari Isnin hingga Sabtu, pukul 10 malam hingga 12 malam ;) Selamat berpuasa semua 

Sunday, July 22, 2012

Natural Beauty Contest II - Abg Stalker

Assalamualaikum!





Klik-klik Banner ! 


Di hari Ahad yang hening nie, Ahmooyy nak merajinkan diri join contest lah pulakk..... Harrharr. Daripada blog terbiar je takde entry, baik korang semua pun sama-sama ikut Ahmooyy join contest nie. KuiiKuiii..

OkayyOkayy.. Syarat penyertaan dia sangat mudah, dan senang! Tak percaya? Tenok Tengok nie.

Syarat-syarat :
1. Terbuka semua BLOGGER lelaki dan perempuan duk dalam Malaysia SAHAJA.
2. DILARANG pamer gambar tak senonoh




HikkHikk.. Senang kan? So, apa lagi? Mohh le join ramai-ramai :) Ahmooyy nak pertaruhkan gambar Ahmooyy yang ini !!











KATEGORI 1




Sorrylah, First time tepek gambar besar-besar. Hahahahah!

 SILALAH KOMEN ;)




Tag kat mereka yang oshem nie :)   XOXO , XOXO

Tarikh Tamat : 26 Julai 2012


p/s :: Selamat Berpuasa 

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kembali ♥

Assalamualaikum!




Diam tak diam, pejam celik pejam celik, Ramadhan dah pun kembali..... Rasa macam baruuuuuu je Rayaaaaaa... Muahahahahaa. OkayyOkayy..

Waktu bulan Ramadhan ni lah, semua Syaitan-Syaitan diikat, tertutupnya pintu Neraka, dan dibuka seluas-luasnya pintu Syurga ;) **Harap tak kalah dengan nafsu sendiri!

Jadi, Ahmooyy harap sangat Ahmooyy tak mensia-siakan waktu ini! Ramai jugak yang mengambil kesempatan dalam bulan ni untuk kurangkan berat badan. Termasuklah Ahmooyy sekali. KuiiKuii.. Gemok dah dok kat umah 3 bulan........... Kalau tak diet time bulan Ramadhan ni, dah sah-sah balik Kuantan nanti jadi gedempol tak ketahuan hala -_-

Ye, ada jugak yang berazam nak berpuasa penuh.... Ahmooyy????? Err~~ Memang tak lah kan nak berazam macam tu........ Tiap-tiap tahun dah berazam macam tu. Takpernah lepas! Biasa lah,,, perempuannnn :'O

Ahmooyy harap korang tenang menjalani ibadah puasa tahun nie :) Perbanyakkan bersedekah.. **Nanti dapat banyak Pahala! 


Jangan lupa terawih tauuuuu ^_^


Niat puasa sebulan :



Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

Monday, July 16, 2012

Segmen promote blog by Jal

Assalamualaikum!



 
Klik-Klik Banner :)


Disebabkan takde kerja kat office nie, maka Ahmooyy pun rasa sangat bosan. Lalu, Ahmooyy pun terasa nak join Segmen yang sangat-sangat simple nie :)  **Ayat tak boleyh bla!


Ahmooyy join sebab Ahmooyy nak menambah kenalan kat dunia blog nie :) Harap ada yang sudi nak berkawan dengan Ahmooyy. Hahahaaa :'D


Okayy, korang sangat dialu-alukan untuk join segmen nie........ Moh join ramai-ramai!

Motif segmen ----> 'Segmen ni senang saja, korang buat satu entri then Jal akan promote + review blog korang dalam blog Jal selama 6 jam, that means dalam sehari empat blog akan Jal promote. Dan Jal akan start promote besok pagi pukul 10pagi (kalau ada sambutan lah kan).' 



Tarikh tutup: 24 Julai 2012 (genap 6 bulan Jal berblog) 

Friday, July 13, 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.

Assalamualaikum!

SILA TEKAN BANNER :)

Entry serba ringkas. Mesti korang semua dah join kan segmen nie.. Ahmooyy je lah yang ketinggalan nie ye?  SobbSobb Y_Y . Sebenarnya, Ahmooyy dah lama dah nak join.. Tapi seriously, sangat-sangat takde masa. Bila ada masa, lupa pulak update! **Orang tuaaaaa**

OkayyOkaayy. Meyh join reramai. Kasi meriah lagi!

Tarikh Tamat : 1 OGOS 2012


Yang nie best ----->  'Selepas segmen ditutup, aku akan membuat 3 cabutan random di mana 3 blog bertuah ini akan menerima topup bernilai RM50 setiap satu.'   :'D

Kenapa?

Assalamualaikum!

Hari-hari pulak Ahmooyy update blog nie. Harap korang tak bosan :) Ahmooyy online kat tempat kije nie.. Takde kerja. Lagi pun sorang-sorang je kat sini. Takut ada, bosan pun ada. -.-' Time ni lah ramai pulak orang nak lalu-lalang depan office. Demmm! Menakutkan, Merisaukan. Y_Y

Terus sahaja kepada topik kita hari nie. Ahmooyy sebenarnya malas nak mengaibkan orang. Tapi cara orang itu yang macam membenarkan Ahmooyy untuk mengaibkan diri dia. Tapi, daripada cara dia sendiri tu pun, dah cukup untuk dia mengaibkan diri sendiri..


Korang tak faham? Okayy-okayy.. Macam nie. Berkasih-sayang kat tempat umum. Kasi semua orang nampak yang dia tengah berkasih sayang. Memang itu group dia, dan dia ada hak. Tapi, kalau dalam group tu hanya ada dia dengan awek dia saja, Ahmooyy dengan orang lain tak kisahh.. Ini ahli group dah ramai, dia boleh pulak buat macam tu, tanpa segan silu!

Mesti ada yang kata,

'Alah, biarkanlah dia, malas nak ambil tahu'
'Kan fb dia, suka hati dia lahh...'


Ye. Ahmooyy takde masalah tentang itu fb dia atau pun bukan. Tapi Ahmooyy kisah dengan perangai dia tu.
Dasar Buaya Darat. Ahmooyy bukan menokok tambah cerita. Ahmooyy pun kalau boleyh, taknak buat entry nie. tapi dah terdesak sangat. Sebab dah terbukti, dan Ahmooyy dah berkenalan dah pun dengan salah seorang MANGSA dia.

Seriously, dah banyak rupanya penipuan yang dia buat. Banyak yang amat! Tipu sana-sini. Tukar awek, macam tukar baju je . Pagi putus, tengah hari dah ada ganti. Hebatkan? Hurmm.. Apalahh nak jadi dengan orang macam tu. Dia ingat., orang semua suka dengan cara dia yang macam tu. Dia tak sedar, yang orang tak suka dia.. Sebab bila orang tegur, taknak dengar..


Kemudian, rampasan kuasa pun terjadi semalam! Hebat. Sangat hebat. Maki-maki sana-sini. Tapi sayangnya, Ahmooyy tak boleh tengok pulak post dia dalam tu.. Sebab dia block fb Ahmooyy. Penakut punya orang! Orang baru buat sikit, dia punya melatah, makk aiiih. Tak boleyh bla. Dia dengan awek dia, sama naik. Itu lahh, orang bagi nasihat taknak dengar..... Bila dah kena? Masih lagi nak menyalahkan orang lain. Haihh~~ Last-last, owner sendiri kena tendang dari group. Hahaha . Kesiannn..

Kepada kaum wanita kat luar sana yang pernah jadi MANGSA dia, jangan takut. Kami akan usulkan perkara ni ke atas. Ahmooyy tak kisah apa nak jadi, asalkan takde dah orang lain jadi MANGSA dia lagi!

Wednesday, July 11, 2012

Tolong Saya !

Assalamualaikum!

Lamanya tak update! Kepada sesiapa yang perasan, dalam 2 3 hari lepas, blog Ahmooyy kena hack! Adoiii. Macam-macam betullah. Entah apa yang mereka tak puas hati pun Ahmooyy tak tahu.. Blog buruk macam nie pun nak hack! Okaylah. Kenapa dengan blog Ahmooyy kali nie? Err~~ Actly, under construction.. So, jadilah macam nie.. Nak upah orang edit blog Ahmooyy nie. Tapi tahu lagi nak suruh siapa. Ada tak sesape yang berminat? Ahmooyy bayarlah awak nanti.. Jangan risau. Ahmooyy nak edit seluruh blog nie. Maklumlah, Ahmooyy nie bukannya kreatif sangat pun. :'O

Motif? -.-'


Actly, blog nie terabai sekejap sebab Ahmooyy tengah busy sekarang nie. Dah start practical.. Sampai blog sendiri kena hack pun, Ahmooyy tak perasan -.-' Teruk kan? zzzzzzzzz So far so long, practical okayy-okayy je. Takde banyak sangat pun kerja. Kalau client datang baru lah ada kerja sikit. Print sana sini. Kerja pulak ngadap komputer je. BOSANG! Sekarang tunggu lect. datang pantau je. Jangan lect datang Ahmooyy tengah main game sudahlah.. zzzzz~~ Karang tak pasal-pasal kena ceramah free je!

Okay, Ahmooyy nak pergi tidur! Awalkan? Ini semua sebab taknak mengantuk nanti kat Opis. =.=
Kepada sesiapa yang nak meng-offer kan diri untuk edit blog Ahmooyy nie, amatlah dialu-alukan. Bolehlah tinggalkan komen kat entry nie. Jangan letak kat chatbox pulak tau.. Jangan risau, sebab Ahmooyy takde lah cerewet sangat. Cerewet sikit je.. Boleyhkann?


p/s::TerimaKasih kepada XN kerana mendapatkan kembali blog Ahmooyy nie :)

Tuesday, July 10, 2012

pesanan pada hacker newbie area selatan

pesanan pada hack newbie untuk mereka yang menetap di johor.berhati tindakan anda, kami tahu dimana anda berada..kami dari white hackers code 091-tk akan cari anda.sila jangan ganggu blog ini lagi...habiskan belajar dulu....beringat sebelum kena..salam

Friday, July 6, 2012

Mencari

Assalamualaikum !

Semangat pulak nak menaip hari nie :') Bukan apa, sebab tadi dah keluar berjalan-jalan, menenangkan fikiran yang beserabut, meluahkan segala kecelaruan yang ada kat dalam kepala otak nie.. So, sekarang Ahmooyy rasa lagi selesa, and rasa macam kurang sikit beban tu.. Lalala~~ 

Baiklah, berbalik kepada title di atas. Mencari. Mencari apa? Boyfriend? Hahahaaa~~ Bukan-bukannnnnnnnn. Sebenarnya mencari Sahabat. Seorang sahabat yang boleh dipercayai, boleh diharap, dan boleh menjaga aib sahabat-sahabatnya yang lain. Ye, Ahmooyy akui,  Ahmooyy pun bukanlah seorang sahabat yang agak baik, tapi Ahmooyy still lagi tahu, bagaimana nak menjaga maruah, aib sahabat yang lain.



Ahmooyy still lagi tak faham, kenapa ada sahabat yang sanggup menjatuhkan sahabatnya, hanya untuk kepentingan diri dia sendiri. Seriously, Ahmooyy rasa, orang yang macam ni, sangat-sangat annoying. Berulang kali diberi peluang, tetap ulang kesilapan, kesalahan yang sama. Mana ada manusia yang berakal, boleyh terjatuh dalam lubang yang sama berulang kali.**Maknanya, buat kesalahan yang sama berulang kali**.

Kenapa masih ada lagi orang yang macam tu? Mungkin Ahmooyy salah pilih kawan? Dia baik, tapi cuma satu tu je kekurangan dia. Ahmooyy dah cuba jadi sahabat yang terbaik untuk mereka. Tapi dibalas pula macam ni. Setiap kali ditegur, ada je alasan. Ada je cara nak memutar belitkan cerita. Apa-apa pun, dia mesti menang, even dah terang-terang dia salah! Apa yang Ahmooyy boleh buat sekarang nie, cuma mendiamkan diri. Ikut je rentak dia. Harap, satu masa nanti dia boleh berubah. Jadi sahabat yang lebih baik.  


Thursday, July 5, 2012

Segmen - Aku Blogger Gadis Melayu 2012

Assalamualaikum !




Malas pulak nak menaip entry panjang berjela. Oleh itu, Ahmooyy nak join segmen lah! Korang pun boleyh join tau. Segmen berakhir jam 8 Malam nie :)

Wednesday, July 4, 2012

Was Hacked !

Assalamualaikum !

Rajin pulak rasanya nak update hari ni kan? OkayyOkayy, ni Ahmooyy nak cerita sikit pasal semalam. Facebook Ahmooyy hampir kena hacked pulak semalam! Woahhh! Berani-berani je Manusia tu nak main hack-hack kan.. Tahulah Ahmooyy tak berapa nak bijak dalam benda-benda macam tu, tapi janganlah kejam sangat sampai nak hack Ahmooyy pulak. Entah apa salah Ahmooyy pun, Ahmooyy tak tahu.

Nak bermusuh dengan orang pun Ahmooyy tak berani. Takut benda-benda macam ni lah jadi nanti. Dendam sana, dendam sini. Haihhhhh~~ Apalah -.-''

Kat sini Ahmooyy nak kongsi sikit video yang Ahmooyy tengok Tengah Malam semalam. Ahmooyy taknnak lah touching sorang je kan.. Nak ajak korang sama-sama touching ngan Ahmooyy. Lalalaa ~~
Mungkin ada antara korang yang dah tengok dah video ni.. Takpa! Tengok je lagi.. :'D
Sebelum bukak video nie, boleyh lah korang stop kan dulu lagu yang ada dalam blog Ahmooyy nie.. Karang tak feeling pulak . Kann..




Moga korang dapat lah pengajaran dari apa yang telah disampaikan oleh Ustaz tersebut :)

Tuesday, July 3, 2012

Saya Blogger Awesome + Cool II


Okayy . Malam-malam nie terasa pulak macam nak join Segmen kann.. So, petang tadi ada jumpa Segmen yang simple, dan Ohsyem! Hahaa . Suka pulak masuk blog kuning oren yang Omeyy nie kannn. So, tampa tanpa membuang masa, Ahmooyy Join Segmen nie!! Yeyyy ! Meyh ramai-ramai lagi join!

Tarikh Luput 31.o7.2o12 

Makluman

Assalamualaikum !



OkayyOkayy, kepada semua Ahmooyy dah buat blog baru. Ini adalah kerana, blog yang lama, ahmooyymunchett.b.c, telah pun di delete. Lama dah Ahmooyy delete. Tak tahu lah kenapa terasa macam nak delete. Hurmm, so, terpaksa lah buat blog baru, sebab perasaan nak menaip tu kuat sangat ! -.-'

HarrHarrHarr. Baiklah, diharapkan penulisan Ahmooyy kali ni menjadi cara penulisan yang agak matang, dan bukan kearah kebudak-budakkan. Harap-harap macam tu lah ye.. Ahmooyy berharap sangat, korang boleh terima jugak cara penyampaian Ahmooyy nanti ye .. >.<

InsyaAllah, lepas nie Ahmooyy akan memulakan BW kat blog-blog korang.. **kena rajin nak promote blog sendiri kannn**  

New !



New Life. New Blog. New Boyfriend.
 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,