Saturday, November 17, 2012

Cinta 3 In 1 (II)



Sejak balik dari Port Dickson, lelaki misteri tersebut still lagi belum telefon aku.  Aku pun tanyalah si Siti tu. Ada pula dia kata aku yang gatal terlebih. Abangnya tu pemalu sikit. Okay. Fine. Aku tunggu lagi. Tunggu dan tunggu. Akhirnya lelaki misteri yang ditunggu-tunggu pun telefon.

‘’Helo?’’ Aku memula bicara.

‘’Hai.  Awak kawan Siti?’’ Balas lelaki misteri tersebut.

‘‘Yup. Saya kawan Siti. Awak kan yang nak berkawan dengan saya? Nama saya Nor. Awak?’’ Panjang lebar aku cakap.

‘‘Ouh. A’ah. Nama saya Mat. Adik saya berkawan dengan Siti. Jadi, dia pun kenalkanlah saya dengan awak.’’

‘Ouh. Mat rupanya.’ Ujarku didalam hati. ‘‘Kalau macam tu, selamat berkenaan ye.’’

“Selamat berkenalan juga. Harap awak tak kisah berkawan dengan saya.’’

‘’Alah, nak berkawan je pun kan? Takde masalahlah awak.’’

“Okaylah, saya nak pergi makan nie. Nanti saya telefon awak semula ya?’’

Mungkin dorang baru siap Solat Jumaat kot.

“Okaylah kalau macam tu. Bye”

“Bye.”

Ouh. Betapa berbunganya hati aku dipenuhi dengan macam-macam jenis bunga. Serious. Seronok beb! Tapi, tak tahulah apa yang seronok sebenarnya.

***************************

Bermula dari hari itu, aku dan Mat mula rapat dan sangat rapat. Pasangan kekasih? Mungkin. Tapi tiada seorang pun antara kami yang declare apa-apa.  Jadi, aku layankan ajalah si Mat nie.

Aku juga dapat tahu, yang Mat dan adiknya Min adalah adik beradik angkat. Keluarga Min mengambil Mat dan dijadikan anak angkat keluarga. Min anak tunggal.  Umur dorang sama. Hanya perbezaan bulan kelahiran.  Disebabkan Mat lahir  pada bulan 1, jadi Min memanggil Mat, abang.

Semuanya seronok. Buat pertama kalinya aku jadi macam betul-betul jatuh cinta. Betul! Aku tak tipu. Sikit pun tak. Aku sendiri tak dapat gambarkan betapa seronoknya aku dapat berkawan dengan dia. Sampai satu tahap, aku rasa akulah orang yang paling beruntung sebab dapat kenal dengan Mat.

                                                        ***************************


Sunday, November 4, 2012

Cinta 3 In 1



~Dapatkah selamanya kita  bersama~ menyatukan perasaan kau dan aku~

‘Hish, siapa pulalah yang telefon pagi-pagi nie? Bentak aku didalam hati apabila ada makhluk yang menganggu tidur aku.

‘‘Helo?’’

‘‘Hai Nor! Kau ingat aku lagi tak?’’ Ujar orang misteri yang menelefonnya.

Aku mengambil masa yang agak lama sedikit untuk mengamati suara tersebut.

‘‘Siti?’’

‘’Ha! Kenal pun kau dengan aku. Kalau kau tak kenal aku tadi, aku cepuk kepala kau. Aku nie ratu masa sekolah tau.  Eyh. Kau dah ada pakwe?’’

Ye. Siti. Ratu masa di sekolah. Siapa yang tak kenal dia? Semua orang kenal dia, termasuklah guru besar. Kerana? Biarlah rahsia. Tapi apahal dia tanya aku ada pakwe ke tidak? Telefon aku, pastu terus tanya pasal pakwe-pakwe pulak.

‘‘Pakwe? Kenapa? ’’ Soalan dibalas soalan. Hihii

‘’Ish kau nie! Jawab je lah ada ke tidak?’’ Marah Siti.

‘‘Mesti kau nak kenalkan aku dengan lelaki kan? Alahai Siti.. Aku memang takde pakwe. Tapi aku macam malaslah nak kenal dengan member kau lagi dah.. Kau tak ingat ke? Seramai-ramai lelaki yang aku kenal, semuanya datang dari kau. Kau sedar tak Siti?’’  Ujar aku dengan panjang lebarnya tanpa memberi sedikit ruang pun untuk Siti berkata-kata.

‘‘Ini lain Nor. Kau percaya lah dengan aku. Dia nie anak orang kaya. Aku amek adek dia, kau amek abang dia.’’

‘’Yang tua semua kau bagi aku.’’ Dari dulu lagi Siti akan kenakan dengan aku, orang yang lebih tua dari aku.

‘’Eyh! Dorang sama umurlah. Nanti aku explain. Kau nak kenal tak?’’

Sama umur? Pelik nie. Kembar ke? Ke, dorang kawan? Tapi tadi cakap adik beradik? Pening.

‘’Aku kalau bab kenal-kenal dengan orang nie, takde hal. Kau bagi je nombor dia kat aku. Nanti aku ada masa aku telefon dia.’’

‘’Ala. Adik dia tak kasi aku nombor telefon.. Dia takut aku kacau abang dia tu.’’

‘‘Yelah. Kau kan gatal!’’ Siti memang terserlah dengan sifatnya yang suka mengusik dan sedikit gatal.

‘’Hahhaaa. Dah lah. Nanti aku suruh dia telefon kau. Okay? Bye.’’

‘‘Okay-okay. Bye.’’

Aku mematikan panggilan dan terus keluar ke dapur mencari makanan.

************************
 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,