Sejak balik dari Port Dickson, lelaki misteri tersebut still lagi belum telefon aku. Aku pun tanyalah si Siti tu. Ada pula dia
kata aku yang gatal terlebih. Abangnya tu pemalu sikit. Okay. Fine. Aku tunggu lagi. Tunggu dan
tunggu. Akhirnya lelaki misteri yang ditunggu-tunggu pun telefon.
‘’Helo?’’ Aku memula bicara.
‘’Hai.
Awak kawan Siti?’’ Balas lelaki misteri tersebut.
‘‘Yup. Saya kawan Siti. Awak kan yang nak
berkawan dengan saya? Nama saya Nor. Awak?’’ Panjang lebar aku cakap.
‘‘Ouh. A’ah. Nama saya Mat. Adik saya
berkawan dengan Siti. Jadi, dia pun kenalkanlah saya dengan awak.’’
‘Ouh. Mat rupanya.’ Ujarku didalam hati. ‘‘Kalau
macam tu, selamat berkenaan ye.’’
“Selamat berkenalan juga. Harap awak tak
kisah berkawan dengan saya.’’
‘’Alah, nak berkawan je pun kan? Takde
masalahlah awak.’’
“Okaylah, saya nak pergi makan nie. Nanti
saya telefon awak semula ya?’’
Mungkin dorang baru siap Solat Jumaat kot.
“Okaylah kalau macam tu. Bye”
“Bye.”
Ouh. Betapa berbunganya hati aku dipenuhi
dengan macam-macam jenis bunga. Serious.
Seronok beb! Tapi, tak tahulah apa yang seronok sebenarnya.
***************************
Bermula dari hari itu, aku dan Mat mula
rapat dan sangat rapat. Pasangan kekasih? Mungkin. Tapi tiada seorang pun
antara kami yang declare
apa-apa. Jadi, aku layankan ajalah si
Mat nie.
Aku juga dapat tahu, yang Mat dan adiknya Min
adalah adik beradik angkat. Keluarga Min mengambil Mat dan dijadikan anak
angkat keluarga. Min anak tunggal. Umur
dorang sama. Hanya perbezaan bulan kelahiran.
Disebabkan Mat lahir pada bulan
1, jadi Min memanggil Mat, abang.
Semuanya seronok. Buat pertama kalinya aku
jadi macam betul-betul jatuh cinta. Betul! Aku tak tipu. Sikit pun tak. Aku sendiri
tak dapat gambarkan betapa seronoknya aku dapat berkawan dengan dia. Sampai satu
tahap, aku rasa akulah orang yang paling beruntung sebab dapat kenal dengan
Mat.
***************************
3 comments:
gud luck ^^
SLM..please www.cicileydi.com
Nak tunggu sambungannya
@Hanif Idrus Sabar yee :')
Post a Comment