Friday, February 1, 2013

Cinta 3 In 1 (III)




Sepanjang perkenalan aku dengan Mat, semuanya berjalan lancar.  Tapi, kadang-kadang memanglah ada gaduh-gaduh sikit.  Maklumlah, namanya pun bercintakan.  Sedangkan lidah lagi tergigit.  Okay! Memang entah apa-apa.  Aku dengan Siti pun, kadang-kadang bergaduh.  And, aku sendiri tak pasti untuk apa aku bergaduh dengan dia.  

Sampaikan satu hari, aku cerita dekat mak aku yang aku ada perselisihan faham sikit dengan dia.  Actually, bukannya sikit.  Tapi banyak!  And aku rasa, masalah tu terlalu besar, walaupun sebenarnya taklah besar manapun.  Biasalah, bila dah bergaduh semua masalah kecil-kecil, secara automatic nya akan menjadi sangat besar dan sangat serius.  Serius! Aku tak tipu.

Benda ni menyebabkan mak aku menghantar mesej kepada Siti.  Sebenarnya aku tak tahu.  Tapi disebabkan aku tahu password facebook mak aku, maka secara tak sengaja aku pun bukaklah facebook mak aku.  Tapi sebelum tu, mak aku bagitahu aku yang dia ada hantar mesej kat Siti.  Mula-mula aku malaslah nak ambil tahu.  Sebabnya aku tahu, mak aku memang suka enter frame dalam apa jua hal.  And, ini bukanlah pertama kali mak aku buat macam ni.  

Sebelum ni pun, dia memang rajin nak bermesej-mesej dengan ex-bf aku.  Jadi, bila sampai satu tahap yang aku sendiri rasa macam dah tak boleh nak tahan lagi, aku pun buka facebook mak aku, aku pun baca semua mesej masuk kat dalam facebook mak aku.  Hahaa.

“Makcik dengar, kamu bergaduh dengan Nor.” Mak aku memulakan perbicaraan.

“Eh, hal kecil je Makcik.” Balas Siti.

“Ye ke kecil? Makcik rasa macam besar je.  Itulah, kalau berkawan tu janganlah terlalu rapat sangat.  Kalau dah terlalu rapat, memang macam ni lah jadinya.”

“Manusia pun ada had kesabarannya Makcik.  Kalau asik saya je yang nak kena mengalah, mana boleh macam tu Makcik.”

“Kamu settle kanlah elok-elok dengan si Nor tu.”

Lebih kurang macam tu lah ayat dia.  Okay.  Dia cuba nak mengatakan yang aku punca semua masalah.  Aku memang malas nak masuk campur.  Tapi aku rasa memang aku tak salah pun dalam hal tu.  Sebab aku memang tak tahu apa-apa.  Sumpah!

Korang tertanya-tanya tak, kenapa aku dengan Siti bergaduh?  Semuanya bermula dalam satu malam yang tak berapa nak best nie.


***************************

2 comments:

ezyra daniel said...

hope semua nye akan ok ^^

Ahmooyy Chantekk said...

@ezyra daniel Okay ke? Kita tengok sambungannya nanti >.<

 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,