Wednesday, March 20, 2013

Kupon Pizza!

Assalamualaikum !

Lama betul Ahmooyy tak update. Huuuhuu. Sedih. Cerpen pun tak habis sambung lagi.. Semuanya disebabkan pendrive Ahmooyy hilang! Ye. HILANG.

Actly terjatuh kat kedai print. Pastu pergi balik kedai tu Abang kawasan tempat tu kata, takde. Sedih sangat. Nanti bila-bila Ahmooyy free Ahmooyy update okay. Sekarang nie Ahmooyy nak share ngan korang-korang semua kupon PIZZA. 

Kalau korang semua perasan, semalam ada kat page PIZZA HUT Malaysia ada nak bagi kupon murah tahap gaban kat page dorang, sekiranya dorang dapat komen "YES" dari orang ramai sebanyak 3K komen. So, kupon tu dah pun di UNLOCK. 



RM 38 untuk 3 Regular Viva Pizza, 4 Soup. 

Amacam? Tak percaya? Tolonglah percaya sebab ini memang betul-betul dan bukan cobaan. korang jangan print yang kat atas tu pulak. Itu just bukti kupon dah di UNLOCK.  Kupon boleh di cetak di sini. -----> CETAK DI SINI

So, ape lagi? Jom lah gy tebus sama-sama. TAPI, kupon hanya valid pada 25 - 27 March 2013 sahaja. So, korang cetak dulu, then 25 March nanti boleh lah start konvoi reramai gy PIZZA HUT.
Sila baca TERMA dan SYARAT tau!

Bye ♥


::: credit to page PIZZA HUT MALAYSIA.


Friday, February 1, 2013

Cinta 3 In 1 (III)




Sepanjang perkenalan aku dengan Mat, semuanya berjalan lancar.  Tapi, kadang-kadang memanglah ada gaduh-gaduh sikit.  Maklumlah, namanya pun bercintakan.  Sedangkan lidah lagi tergigit.  Okay! Memang entah apa-apa.  Aku dengan Siti pun, kadang-kadang bergaduh.  And, aku sendiri tak pasti untuk apa aku bergaduh dengan dia.  

Sampaikan satu hari, aku cerita dekat mak aku yang aku ada perselisihan faham sikit dengan dia.  Actually, bukannya sikit.  Tapi banyak!  And aku rasa, masalah tu terlalu besar, walaupun sebenarnya taklah besar manapun.  Biasalah, bila dah bergaduh semua masalah kecil-kecil, secara automatic nya akan menjadi sangat besar dan sangat serius.  Serius! Aku tak tipu.

Benda ni menyebabkan mak aku menghantar mesej kepada Siti.  Sebenarnya aku tak tahu.  Tapi disebabkan aku tahu password facebook mak aku, maka secara tak sengaja aku pun bukaklah facebook mak aku.  Tapi sebelum tu, mak aku bagitahu aku yang dia ada hantar mesej kat Siti.  Mula-mula aku malaslah nak ambil tahu.  Sebabnya aku tahu, mak aku memang suka enter frame dalam apa jua hal.  And, ini bukanlah pertama kali mak aku buat macam ni.  

Sebelum ni pun, dia memang rajin nak bermesej-mesej dengan ex-bf aku.  Jadi, bila sampai satu tahap yang aku sendiri rasa macam dah tak boleh nak tahan lagi, aku pun buka facebook mak aku, aku pun baca semua mesej masuk kat dalam facebook mak aku.  Hahaa.

“Makcik dengar, kamu bergaduh dengan Nor.” Mak aku memulakan perbicaraan.

“Eh, hal kecil je Makcik.” Balas Siti.

“Ye ke kecil? Makcik rasa macam besar je.  Itulah, kalau berkawan tu janganlah terlalu rapat sangat.  Kalau dah terlalu rapat, memang macam ni lah jadinya.”

“Manusia pun ada had kesabarannya Makcik.  Kalau asik saya je yang nak kena mengalah, mana boleh macam tu Makcik.”

“Kamu settle kanlah elok-elok dengan si Nor tu.”

Lebih kurang macam tu lah ayat dia.  Okay.  Dia cuba nak mengatakan yang aku punca semua masalah.  Aku memang malas nak masuk campur.  Tapi aku rasa memang aku tak salah pun dalam hal tu.  Sebab aku memang tak tahu apa-apa.  Sumpah!

Korang tertanya-tanya tak, kenapa aku dengan Siti bergaduh?  Semuanya bermula dalam satu malam yang tak berapa nak best nie.


***************************
 
Full Edit by CayunkSheera Other: ✖,✖