Sunday, May 18, 2014

What?

Assalamualaikum!

Lamannyaaaaaa aku tak update blog. Seriously kekok dah nak menaip balik ni. Okay2. Actually banyak sangat cerita yang aku nak kongsi. But, let me take a selfie first. Ouh. TakTak. Gurau je.

Baiklah, last entry aku pun pasal aku acah2 rindu kat kengkawan aku kat POLI kan. Ingat tak? Kalau tak ingat, scroll bawah2. Mesti jumpa. So, esok aku akan jumpa kengkawan aku. Yeyyyy! Sebab esok aku ada rehearsal untuk konvo hari Selasa nanti. Gila tak exited. HAHAHA.


So, Kuantannn. We will meet againnnnnnn! Exited. Exited. Exited. Bukan aku sorang je yang exited, adik aku, makcik aku, and yang paling over exited, Mak aku. Dia siap tanya dia nak kena pakai baju ape, tudung kaler ape. Aku cakaplah yang aku ni kena pakai tudung putih. Lepas tu dia pulak, "Mak takde tudung putih, macam mana.. Nanti takboleh la masuk. Nak kena carik ni.'" 

Rasanya aku takde pulak mintak dia pakai tudung putih. Haishhh. Macam-macam. Orang kedua yang over exited, adik aku. Siap beli baju baru bagai. Sebok nak pakai dress, tudung baru, inner, kasut. Okay kasut tu tak. Mak aku cakap, macam dia pulak yang nak konvo. Padahal dia nanti kena tunggu kat luar je. HAHAHAHAHAA.

Okay. Aku pernah ceritakan, kat korang yang aku nak pergi kursus menjahit bagai tu. Ya, Ya. Aku belajar la menjahit tu. Tapi, tempat tu seriously sangat-sangat tak seronok. Aku rasa aku macam duduk dalam penjara. Dengan Polis Bantuan merata-rata, dengan Warden pandang budak macam nak telan. And, for the best part nya, di mana aku lari dari tempat tu. Pergh. Aku dapat la ajet-ajet budak nakal. Padahal yang datang amek aku dengan barang-barang selori tu, bapak aku gak. So, takpayah nak ajet-ajet lari dari tempat tu sangat lah ken. 

Sebenarnya takdelah lari sangat kot. Sebab aku berjalan je masa tu. HAHAHAA. Kebetulan, waktu tu cuti hari pekerja. So, aku dah cukup nekad dah nak tinggalkan tempat tu. Sebelum tu aku story dulu kat Mak aku. Dia dah bagi restu aku tinggalkan tempat tu, baru aku ada keyakinan yang kental untuk blah dari situ. Gigih la aku kemas barang sensorang, dok hostel sensorang. Orang lain dah balik hari yang last kelas tu. Aku ni terpaksalah tunggu keesokkan harinya. Gila kau, aku nak hangkut barang aku yang gilabapak punya banyak tu.

So, sekarang dah 2 minggu aku blah dari situ. Walaupun aku tak berminat  menjahit, tak bermakna aku tak reti menjahit tau. Aku masuk sana ZERO pasal jahitan. Yang aku tahu, jahit bodo-bodo gitu je. At least aku keluar dari situ, aku dapat sikit ilmu dalam jahitan. Itulah first time aku sentuh mesin jahit, kenal mesin jahit tu lagi rapat. Tapi jodoh tak panjang. Ececeh. Drama! Apa-apa pun, aku berterima kasih banyak-banyak kepada cikgu yang mengajar aku kat sana. Kalau tak sebab diorang, aku tak tahu apa itu racip, penetas, kertas pola, pembaris skill, pembaris skala, and so on. 

Actly, bukan aku sorang je tau yang lari dari tempat tu, ramai lagi budak yang lari, lagi awal dari aku. Aku cuma follow dorang je. 

Kawan-kawan kat situ semua best2. Terutamanya, adik katil sebelah aku. HAHAHAA. Adik katil tau. Takpernah aku panggil dia adik. Walaupun umur dia 2 tahun lagi muda dari aku. Sebab, dia taksampai hati nak panggil aku akak, sebab aku macam kanak-kanak. Katanya.

Apa yang aku tengah buat sekarang ni? Sekarang ni aku tengah sedaya upaya mencari kerja. Yelah, takkan aku nak dok umah goyang kaki. Ye dak? So, kalau korang tahu mana-mana company yang ada kerja kosong, bagitahu aku. Aku banyak dah apply. Tapi, takde rezeki lagi kot...

Bye.

3 comments:

Kisah Si Dairy said...

kena usaha lebih sikit tu dik.. ") all the best ye.

Ahmooyy M said...

@Kisah Si Dairy I will Kak. Thankss! :)

Yasmin Aris said...

hai senior POLISAS. haha.
tahniah dh konvo :P

 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,