Sunday, December 8, 2013

Tajuk

Assalamualaikum!

Perghh! Memang lama gila Ahmooyy tak hupdate ini blog kan? Aduhduhduh. Semua ni sebab malas. Tu je. Takde sebab lain dah. Btw, Ahmooyy sekarang ni dah selamat habiskan DIPLOMA. Tamatlah 3 tahun sesi pembelajaran. Tinggal lagi nak KONVO je!


rindu kawan-kawan semuaaaa :'(

Seriously tak sangka dapat habiskan DIPLOMA dengan sempurna. Alhamdulillah. Result pun takdelah mengecewakan sangat. Sekarang ni tengah busy pulak dengan hal nak pindah rumah. Alahaii. Baru je ingat nak bergoyang kaki, tapi tangan yang kena digoyangkan sebab nak kena kikis cat-cat lama yang ada kat rumah tu. Memang tak tahan derrr. Balik je rumah terus dapat job tu.

Nasiblah rumah baru tu dekat je dengan rumah lama ni. Jalan kaki pun boleh sampe. Haha. Bekerjasama dengan adik-adik bersihkan bilik masing-masing. Exited terlebih dorang sebab dapat dok bilik sendiri. Actly takde lah bilik sendiri sangat. Still kena kongsi. Tapi just 2 orang satu bilik. Semua sekali ada 4 bilik. Yang dekat rumah lama cuma 2 bilik je. KuiKui. Selesa sikitlah kalau dah pindah nanti..

6.1.14 nanti Ahmooyy kena pergi KURSUS MENJAHIT. Baiklah. Sebenarnya memang takminat langsung-langsung nak belajar menjahit. Kalau setakat nak jahit seluar sendiri yang koyang sikit-sikit tu, boleh la. Ni nak kena jahit baju. Dah sah-sah la belajar jahit baju, sebab kursus tu 6BULAN. Okay. Disebabkan ini permintaan MAK, maka ku relakan je lah.

Kurus Kursus tu dia buat dekat Kolej Yayasan Felda, Jempol Negeri Sembilan. Ada tak sesiapa yang dah pergi, dah join, atau baru nak pergi sama Ahmooyy nanti? Manalah tahu, kebetulan. Kalau yang dah join tu, share-share lah ea pengalaman masa kat sana. Hmm. Takut pulak nak gy. Actly kursus ni Yayasan Felda buat untuk budak-budak lepasa SPM. Untuk tambah @ bagi kemahiran dekat dorang.

Peraturan dia agak ketat jugakla. Balik rumah cuma dibenarkan SEBULAN SEKALI. Kecuali kalau ada cuti umum tu, dorang kasi lah balik agaknya. Lepastu, waktu outing cuma Sabtu dan Ahad sahaja, dan kena ada dalam asrama sebelum pukul 7 malam. Aduhduhduh. Kena keluar awal-awal pagi lah kalau gini. Huhuhuu..

Ketatkan? Hmm. Masa kat poli pun takdelah gini gaya peraturan dia. Macam layan budak sekolah pulak. Hmm.. Nasiblaaaaa

Bye.

4 comments:

Santan Manis said...

tahniah ahmoy dah hbis study :D jemput singgah ke blog SM kalau sudi

http://santanmanis.blogspot.com/2013/12/dating-dengan-madu-madu.html

Santan Manis said...

tahniah ahmoy dah hbis study :D jemput singgah ke blog SM kalau sudi

http://santanmanis.blogspot.com/2013/12/dating-dengan-madu-madu.html

k said...

Hai JOM JOIN JOM ! Hadiah lumayan gila. RM 50 cash jom jom.
1) http://mistaqila.blogspot.com/2013/12/december-giveaway-by-fatin-diana.html
2) http://mistaqila.blogspot.com/2013/12/mini-ga-rm600-disember-2013-by-emas.html

ahmooyym said...

@Santan Manis Terima Kasih ye SM! :)

 
Full Edit by CayunkSheera Other: ,